Bumijez memperkenalkan produk perkhidmatan Darul Pusaka sebagai punca kewangan bagi membantu waris menyegerakan urusan tuntutan harta pusaka. Perkhidmatan yang berlandaskan prinsip syariah ini dapat memberikan bantu mula sehingga RM35,000 untuk membolehkan waris menjelaskan kos-kos pentadbiran dan pengurusan harta pusaka. Secara tidak langsung, perkhidmatan berbentuk keahlian ini juga berhasrat membantu masyarakat Islam menyelesaikan permasalahan harta pusaka yang tidak dapat dituntut dan tertangguh lama sehingga tidak terurus.

PERKHIDMATAN DARUL PUSAKA

Bantuan Kewangan untuk menyegerakan Pengurusan Harta Pusaka
Rundingcara/Konsultansi kepada Waris tentang Proses Pengurusan dan Pentadbiran Harta Pusaka
Pengiraan Faraid
Membantu waris mengurus dan mentadbir Harta Pusaka

Apabila berlaku kematian, 4 urusan yang perlu disegerakan bagi Arwah adalah

  1. Pengkebumian Jenazah
  2. Langsaikan Hutang
  3. Tunaikan Wasiat
  4. Agihkan Harta Pusaka

Permasalahan pentadbiran dan pengurusan harta pusaka di kalangan masyarakat Islam kini semakin meruncing. Kebimbangan ini perlu ditangani segera agar tidak berterusan menjadi lebih serius.

Proses pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang syariah dan sivil. Statistik menunjukkan hanya 21% waris yang menyelesaikan urusan harta pusaka pada tahun kematian.

Antara faktor yang menyumbang kepada permasalahan pengurusan pusaka adalah seperti berikut

  • Proses pentadbiran yang penuh birokrasi dan merumitkan waris
  • Ketidaktentuan kos belanja urus yang tinggi
  • Proses perundangan dan penyelesaian yang memakan masa yang panjang
  • Masyarakat umumnya juga kurang arif dan faham dengan proses perundangan ini.

Justeru, Bumijez Sdn Bhd membangunkan satu produk perkhidmatan bantuan kewangan di bawah jenama Darul Pusaka yang akan membantu waris di dalam memulakan proses penyelesaian tuntutan harta pusaka.

MAKLUMAT SYARIKAT

Darul Pusaka merupakan sebuah program Bantuan Kewangan permulaan bagi memastikan kelancaran urusan tuntutan harta pusaka yang berlandaskan prinsip syariah yang sistematik dan bersepadu. Program ini merupakan kesinambungan daripada produk perkhidmatan Darul Jenazah yang juga di pasarkan oleh syarikat Bumijez Sdn Bhd.

Program Darul Pusaka adalah bersifat Keahlian dan ahli Darul Pusaka perlu mendaftar dan melanggan produk perkhidmatan yang ditawarkan oleh Darul Pusaka secara berkala. Produk ini adalah dipasarkan secara eksklusif oleh syarikat Bumijez Sdn Bhd.

Perkhidmatan ini ditawarkan bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan oleh waris di dalam menyegerakan urusan tuntutan harta pusaka. Di samping itu, Darul Pusaka akan turut membantu dan memberikan bimbingan di dalam urusan tuntutan pusaka.