Darul jenazah telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2009. diurus oleh syarikat Bumijez Sdn Bhd.

Pada mulanya bergerak secara kecil kecilan di kawasan Lembah Klang serta hospital hospital kerajaan dan wasta, namun dengan berkat sokongan beberapa syarikat seperti takaful MAA dan STMB (Syarikat Takaful Malaysia Berhad).
Darul jenazah telah berjaya mengorak langkah untuk mengembangkan operasi keseluruh Malaysia.

Apa yang membuatkan Darul jenazah rasa terpanggil untuk mengunjurkan perkhidmatan pengurusan jenazah ini ke seluruh Malaysia adalah disebabkan oleh permintaan ramai yang memerlukan bantuan kerana kesibukan waktu kerja dan kesuntukan masa , tinggal dikawasan baru yang belum mempunyai komuniti yang kemas serta sering keluar daerah.

Sehingga kehari ini Darul jenazah terus menerima permintaan dari orang perseorangan, syarikat,badan badan koperat dan berbagai pertubuhan bagi mendapatkan perkhidmatan yang sediakan.