BUMIJEZ SDN. BHD. YANG DITUBUHKAN PADA JULAI 2009 MERUPAKAN SYARIKAT PENGURUSAN JENAZAH TERBESAR NEGARA

Menerusi produk perkhidmatan, Darul Jenazah, syarikat ini telah bertapak sebagai peneraju bagi pengurusan jenazah  tanpa tunai yang sistematik dan berlandaskan prinsip syariah. Menerusi rangkaian lebih 1,000 orang pengurus jenazah yang bersama kami, liputan operasi Bumijez  merangkumi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dengan respon pertama dilakukan dalam tempoh 2 jam pertama selepas menerima panggilan dan dokumen lengkap dari pihak waris untuk Pengurusan Jenazah Lengkap.  Perkhidmatan kami turut disertakan dengan pemberian wang khairat, pusara dan badal haji bagi meringankan beban waris.

Produk-produk perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bumijez adalah bersifat keahlian dan ahli perlu mendaftar serta melanggan secara berkala. Manfaat-manfaat tambahan turut diberikan kepada para ahli khususnya Darul Jenazah seperti manfaat akibat kemalangan maut dan keilatan akibat kemalangan.

Menjadi matlamat utama Bumijez untuk mengurangkan beban waris dalam aspek pengurusan jenazah pada hari kematian. Kami berharap dapat memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai pengurusan berlandaskan prinsip syariah serta mendapat keredaan Allah SWT dalam urusan yang dilaksanakan.