UCAPAN PENGERUSI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Assalamualaikum W.B.T. Syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan pemilik alam.
Dengan limpah kurnia serta izinNYA, Bumijez Sdn Bhd dapat menjalankan tanggungjawab untuk melaksanakan pengurusan jenazah tanpa tunai bersesuaian dengan slogan, “Urus Kematian Tanpa Tunai” kami di Bumijez Sdn. Bhd. terpanggil untuk menawarkan perkhidmatan Pengurusan Jenazah Lengkap berasaskan 8 teras iaitu; Khidmat nasihat kepada waris, Dokumentasi kematian, Van jenazah, Memandikan jenazah, Mengkafankan jenazah, Solat jenazah, Pengkebumian jenazah, Bacaan talkin dan Pelihara keaiban jenazah sejajar dengan tuntutan Fardhu Kifayah selain berhasrat untuk meringankan beban waris. Menerusi perkhidmatan Darul Jenazah, kami telah dapat mewujudkan jentera penggerak bagi melengkapkan kerja-kerja pengurusan jenazah di seluruh tanah air.
Alhamdulillah, perkhidmatan kami menerima sambutan begitu menggalakkan daripada syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi terkemuka termasuk Bank Muamalat (M) Berhad, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Persatuan Bekas Kastam Malaysia (Perbekas), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) serta Airod Aemspace Technology Sdn. Bhd.
Semoga perkhidmatan Bumijez Sdn Bhd akan terus berkembang luas lagi untuk manfaat masyarakat, seiring dengan falsafah kami Menzahirkan Kasih Sayang.
Ustaz Hj Mohd Zainal Hj Khamis
