VISI

Menjadi peneraju terulung dan terbaik dalam memberikan perkhidmatan bantuan kewangan permulaan pengurusan harta pusaka kepada Ahli dalam mencari keredhaan Allah SWT.

MISI

  • Meringankan kos pengurusan tuntutan harta pusaka Ahli dengan menawarkan pakej berkonsepkan

MLM : MUDAH . LANCAR . MEMBANTU.

  • Sentiasa berusaha menambah baik perkhidmatan dan bekerjasama dengan pihak berwajib agar pengurusan harta pusaka ahli dapat diselesaikan dengan lancar.
  • Istiqamah di dalam membina kefahaman dan memberi kesedaran dan ilmu mengenai pengurusan harta pusaka umat Islam.
  • Menjadi sebuah syarikat yang bertanggungjawab atas apa yang dijanjikan dan berkebajikan kepada ahli, pekerja dan masyarakat.

Dengan melanggan pakej Darul Pusaka ini, ianya akan dapat meringankan bebanan kewangan permulaan pihak keluarga/waris dalam menyempurnakan pengurusan tuntutan harta pusaka.

Kami berharap perkhidmatan Darul Pusaka ini akan menjadi satu perkhidmatan keperluan kepada semua masyarakat umumnya dan kepada umat Islam khususnya.